Aurat...

BATASAN AURAT SESAMA WANITA

Adapun batasan aurat sesama wanita adalah dari pusar hingga lutut, sebenarnya hal itu berlaku dalam keadaan khusus. Yaitu jika ia berada di rumahnya di tengah-tengah saudara-saudara wanita dan karib kerabat wanitanya. Sedangkan pada dasarnya ia wajib menutup seluruh tubuhnya agar para wanita lainnya tidak mengikuti dan melakukan kebiasaan membuka aurat tersebut. Begitu pula ia wajib menutup anggota-anggota tubuh yang menarik di hadapan mahramnya dan wanita-wanita selain keluarganya, agar tidak menjadi bahan pembicaraan disebabkan mereka itu menceritakan bentuk tubuhnya kepada orang lain. Rasulullah Saw bersabda:

“Janganlah seorang wanita menceritakan seluk beluk wanita lain di hadapan suaminya hingga seolah-olah suaminya itu melihat dengan mata kepala.”

Maksudnya jika ia menampakkan anggota tubuh yang menarik seperti dada, lengan, perut, punggung, bahu, leher dan betisnya maka siapa saja yang melihat pasti akan terlintas dalam pikirannya hal itu. Biasanya kaum wanita suka menceritakan apa yang mereka lihat dari wanita lain kepada keluarga mereka yang laki-laki atau perempuan. Hal itu tentu saja berbahaya. Oleh sebab itu ia wajib menutup anggota-anggota tubuh yang menarik seperti yang disebutkan di atas meskipun di hadapan mahram dan kaum wanita. Lebih-lebih di tengah keramaian, tempat-tempat pesta, resepsi, rumah sakit, atau sekolah meskipun di sekelilingnya kaum wanita. Kadang kala tanpa sengaja pandangan kaum lelaki dan remaja usia muda tertumpu pada mereka. Rasulullah Saw bersabda:

“Dua kelompok manusia yang termasuk penghuni neraka. Salah satunya: Wanita-wanita yang berbusana tapi pada hakikatnya telanjang, berjalan berlenggak-lenggok menarik perhatian manusia, kepala mereka laksana punuk unta, mereka tidak masuk surga bahkan tidak mencium aromanya.”

BATASAN AURAT SESAMA LELAKI

Aurat lelaki yang wajib ditutupnya daripada pandangan seorang lelaki lain ialah bahagian tubuh badan antara pusat dan lututnya. Ini bererti bahawa seorang lelaki tidak diharuskan melihat aurat lelaki lain pada bahagian yang terletak antara pusat dan lututnya. Hukum ini dipersetujui oleh jumhur ulamak berdasarkan kepada beberapa buah Hadis Sahih, antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a bermaksud: Bahagian anggota yang terletak di atas dua lutut adalah termasuk aurat dan bahagian anggota yang terletak di bawah pusat adalah aurat juga. Amru bin Shuib pula meriwayatkan daripada bapanya daripada datuknya bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Apabila salah seorang di antara kamu mengahwinkan hamba wanitanya dengan hamba lelakinya ataupun orang upahannya maka dia (iaitu hamba wanitanya) dilarang sama sekali melihat auratnya kerana apa sahaja (bahagian anggota) yang terletak di bawah pusatnya hingga kepada dua lututnya adalah auratnya. Selanjutnya Rasulullah s.a.w juga melarang melihat aurat itu sebagaimana sabda baginda bermaksud: Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain. Bagaimanapun, terdapat beberapa dalil yang mengukuhkan pendapat jumhur ulamak di antaranya: Sebuah Hadis riwayat Jurhud al-Aslami, beliau berkata bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w telah duduk bersama-sama kami, pada saat itu paha saya terdedah, lalu baginda bertanya saya: Apakah tidak kamu tahu bahawa paha itu aurat? Diriwayatkan juga bahawa baginda s.a.w telah bersabda kepada Ali r.a : Janganlah kamu dedahkan paha kamu dan jangan pula kamu melihat paha orang lain sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah mati. Malah Rasulullah s.a.w juga melarang kita mendedahkan aurat biarpun ketika bersendirian sebagaimana sabda baginda bermaksud : Jauhilah daripada perbuatan berbogel, sesungguhnya ada bersama-sama kamu orang yang tidak berpisah denganmu, kecuali ketika membuang air (besar dan kecil) dan ketika seseorang lelaki itu bersetubuh dengan isterinya.

AURAT ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

  1. 1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.

2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

tulis la ulasan ye
jadi pengikut lgla bagus